Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Saham FGV Terus Menarik Perhatian, Kekal Aktif

KUALA LUMPUR - Saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia terus menarik perhatian, dengan dagangan saham syarikat itu kekal aktif.

Kumpulan itu mula menunjukkan kemajuan dalam menyelesaikan isu dalam kumpulan berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata, FGV hanya akan memberi tumpuan kepada perkara positif dan menyelesaikan setiap masalah secara berperingkat.

Beliau yang dilantik pengerusi syarikat itu berkuat kuasa semalam, sekaligus menamatkan banyak spekulasi mengenai peneraju FGV.

 

Sumber : BERNAMA