Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Pusat Pengumpulan Ladang Bantu Petani Pasar Hasil Pertanian Lebih Sistematik

KUANTAN - 11 Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) yang diwujudkan di kawasan ladang sayur utama di Pahang berjaya membantu usahawan tani memasarkan produk mereka dengan lebih sistematik.

Menurut Pemangku Pengarah FAMA Pahang, Rosli Awang Da, kesemua PPL itu dilengkapi peralatan, seperti penimbang, bakul khas dan kereta sorong yang membantu memudahkan petani menjalankan urus niaga.

Beliau berkata selepas majlis penyerahan PPL Kampung Batu 12 kepada tiga petani di kawasan tanaman sayur-sayuran Batu 12, Batu 14 dan Batu 16, Jalan Gambang, Kuantan, yang disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri  Lepar Datuk Shohaimi Jusoh.

Antara tanaman yang dibekalkan oleh petani di tiga ladang berkenaan ialah sayur kangkung, bayam merah dan hijau, sawi, timun, jagung, cili hijau, kacang hijau dan peria.

 

Sumber : BERNAMA