Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:00 PM UTC, Nov 20, 2017

Industri Ikan Tuna Perlu Dipandang Serius - Datuk Seri Ahmad Shabery

BUTTERWORTH - Kerajaan komited untuk terus memajukan industri ikan tuna di negara ini kerana ia mampu menjana pendapatan negara dan dijangka memberi pulangan pendapatan RM1 bilion menjelang tahun 2020.

Sehubungan itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu industri itu dipandang serius dan buat masa ini dua pelabuhan telah didaftar sebagai ‘designated tuna port’ iaitu Dermaga Air Dalam Pelabuhan Pulau Pinang di sini dan Pelabuhan Tanjung Lembung di Langkawi, Kedah.

Beliau ditemui selepas majlis pendaratan ikan tuna oleh Vesel Kha Yang 333 di Dermaga Air Dalam.

Ahmad Shabery berkata pada tahun ini kementerian menyasarkan 3,000 tan metrik ikan tuna dengan nilai RM60 juta didaratkan di Pelabuhan Pulau Pinang.

 

Sumber : BERNAMA