Tuesday, November 21, 2017
vital-top
updated 9:53 AM UTC, Nov 21, 2017

Program 'Agrobazar Online' Kutip Hasil Jualan RM1.7 Juta - FAMA

KUALA LUMPUR - Program 'AgroBazar Online' berjaya mengutip hasil jualan sebanyak RM1.7 juta, sejak program itu dilancarkan pada tahun 2015.

Pengarah Kanan Galakan Pasaran Dalam Negara FAMA, Mohamad Mustahapa Awang memaklumkan, jumlah itu diperoleh hasil jualan pelbagai produk oleh lebih 3,000 usahawan yang berdaftar di seluruh negara.

Program tersebut merupakan platform untuk usahawan memasarkan pertanian mereka ke seluruh negara.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat setiap produk pertanian yang dipasarkan melalui platform itu.

 

Sumber : BERNAMA