Saturday, January 18, 2020
updated 12:28 PM UTC, Jan 18, 2020

Hanya 5 peratus syarikat PLC patuh syariah bayar zakat perniagaan

  • Published in Ekonomi

AMPANG - Sebanyak 897 syarikat tersenarai awam PLC di Bursa Malaysia membayar zakat perniagaan secara rasmi di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, jumlah ini tidak sampai 5 peratus berbanding jumlah syarikat patuh syariah yang berdaftar di Bursa Malaysia.

Jelasnya, meskipun jumlah pembayaran zakat perniagaan bagi 31 PLC yang dikuasai bumiputera hampir mencecah 230 juta ringgit tahun lalu namun jumlah ini masih kecil.

Berdasarkan kajian, terdapat PLC yang membayar zakat perniagaan namun tidak menyatakan secara terperinci dalam laporan tahunan syarikat.

Datuk Ir Amiruddin menyatakannya selepas melancarkan Buku bertajuk Ikon Zakat Bumiputera Public Listed Company di Ampang Selangor.

Penerbitan buku tersebut adalah usaha bagi meningkatkan kesedaran PLC untuk membayar zakat seterusnya meningkatkan kutipan zakat perniagaan.

Buku itu juga dijadikan sebagai garis panduan untuk sesebuah organisasi mengikut landasan Islam seperti digariskan Syariah.