Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

57 kes baharu COVID-19

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 31 Mei - Sebanyak 57 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,819 kes.

Tiada kes kematian dilaporkan dan jumlah kes kekal dengan 115.

Sehingga kini 9 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, sebanyak 23 kes telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.