Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Festival Kraf Johor 2019 bakal berlangsung mulai 20 hingga 31 Disember ini menyasarkan nilai jualan sebanyak RM7.5 juta

  • Published in Ekonomi

 

JOHOR BAHRU - Festival Kraf Johor 2019, FKJ 19 bakal berlangsung mulai 20 hingga 31 Disember ini menyasarkan nilai jualan sebanyak 7.5 juta ringgit sepanjang 11 hari penganjurannya.

Kira-kira 135,000 pengunjung dijangka hadir ke Festival Kraf Johor kali ke-11 itu yang bertemakan "Kraf Cenderamata Untuk Semua" di Angsana Johor Bahru Mall, Johor.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail berkata, festival bertujuan mewujudkn kesedaran dan mempromosikan industri kraf tempatan
kepada pengunjung.

FKJ 19 menampilkan lima bidang kraf utama iaitu tekstil, hasil rimba,
hasil tanah, hasil tanah dan aneka kraf.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Kraf Johor di Johor Bahru.

Majlis perasmian dijadual disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi pada 24 Disember.

Selain itu, FKJ 19 turut menjadi platform utama kepada usahawan kraf untuk mengenalpasti kehendak serta keperluan pengguna kraf masa kini.

Seramai 300 orang usahawan kraf tempatan dari seluruh negara terlibat sepanjang penganjuran Festival Kraf Johor dengan menyediakan pelbagai  pengisian menarik antaranya jualan dan pameran produk kraf, pendidikan Kraf warisan, persembahan kesenian dan Sajian Negaraku.

Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti pertandingan seperti ukiran kayu, Mewarna Batik, Gasing Petik, dan Bintang Kraf Johor 2019.