Saturday, January 18, 2020
updated 12:28 PM UTC, Jan 18, 2020

MED terima tambahan peruntukan bagi memerkasa usahawan tempatan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan MED menerima peruntukan tambahan hampir 20% daripada jumlah yang diumumkan dalam Belanjawan 2020.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluluskan peruntukan itu untuk memantapkan lagi keupayaan dan prestasi usahawan tempatan.

Tambahnya, peruntukan tambahan itu kelak akan disalurkan kepada agensi-agensi berkaitan.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Tekun Nasional kali ke-20 di Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Tekun Nasional menyediakan pembiayaan berjumlah RM330 juta untuk diagihkan kepada 22,000 usahawan tahun depan.

Agensi itu telah menyalurkan RM5.67 bilion bagi membiayai 438,000 usahawan daripada pelbagai sektor.