Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

VESOM APEC 2020 bincang 5 cadangan demi perkukuh ekonomi

  • Published in Ekonomi


KUALA LUMPUR, 29 Mei - 
Mesyuarat Pegawai Kanan Luar Biasa Maya (VESOM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) membincangkan 5 cadangan memastikan pertumbuhan ekonomi kekal stabil ketika penularan COVID-19.

VESOM dipengerusikan Malaysia melibatkan tenaga pakar ekonomi, Dewan Perniagaan APEC dan pemerhati dari organisasi terpilih serantau serta luar negara.

Cadangan dibincangkan adalah platform pertukaran maklumat berhubung polisi tindak balas Ekonomi APEC terhadap krisis COVID-19, langkah mudahcara aliran barangan utama ketika krisis dan penubuhan dana sampingan kerjasama APEC menentang COVID-19.

Cadangan lain dibincangkan adalah langkah pemulihan ekonomi serantau serta bimbingan dan hala tuju badan di bawah APEC meneruskan tugas ketika berdepan ketidaktentuan.

Menurut Sekretariat Nasional APEC 2020, tiga daripada lima cadangan itu dikemukakan Malaysia.

China, Singapura dan New Zealand masing-masing mengemukakan satu cadangan pada mesyuarat tersebut.

Malaysia akan mempengerusikan satu lagi sesi VESOM dijadualkan akhir Jun ini.