Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

Pengecualian bayaran sewa premis bantu kurang kos operasi perniagaan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 29 Mei - Sebanyak 70 peratus pertubuhan didapati tidak mempunyai premis sendiri dan perlu menyewa premis untuk menjalankan perniagaan.

Daripada jumlah itu, pertubuhan berstatus mikro mendominasi angka peratusan iaitu dengan 68 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin yakin langkah kerajaan memberi pengecualian bayaran sewa untuk premis perniagaan, mampu meringankan beban peniaga kecil dan sederhana.

Sewaan premis perniagaan merupakan kos paling besar kepada peniaga, khususnya di bandar besar.