Logo

Syarikat Jepun dipelawa pindah operasi ke Malaysia

ALOR SETAR, 29 Mei - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang mengenal pasti syarikat multinasional yang mencari lokasi baharu di rantau ASEAN untuk menempatkan semula operasi mereka, susulan COVID-19.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, potensi dilihat pada syarikat Jepun selepas kerajaan Jepun mengumumkan pakej rangsangan AS$2.2 bilion untuk mereka memindahkan operasi dari China ke rantau ASEAN.

Tugas MITI kini, menyakinkan syarikat dari Jepun  untuk menjadikan Malaysia sebagai  destinasi pelaburan dan juga sebagai hab bagi menembusi pasaran ASEAN.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.