Logo

MEDAC peruntuk RM452.8 juta bantu lebih 21,000 usahawan

 

KUALA LUMPUR, 28 Mei - Sejumlah RM452.8 juta diperuntuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi yang memberi manfaat kepada lebih 21,840 usahawan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi kenyataan media menjelaskan, peruntukan tersebut disalur melalui 2 fasa.

Fasa pertama, MEDAC menyalurkan RM284.41 juta bagi melaksanakan pelbagai program bermula Mei sehingga Disember tahun ini.

Manakala fasa kedua, melibatkan peruntukan RM222.69 juta bermula Januari sehingga Mei 2021.

Pelan pemulihan tersebut menggariskan 6 strategi utama, bagi menyokong usahawan kekal berdaya saing, menstabilkan ekosistem dan memulihkan operasi perniagaan dalam tempoh segera.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.