Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Dana Tabung Harapan Malaysia RM205 juta bayar hutang 1MDB

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA - Dana Tabung Harapan Malaysia (THM) yang mencecah lebih RM205 juta, sudah digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang 1MDB.

Jelas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baki akhir THM sehingga 14 Januari lalu, iaitu tarikh akhir penerimaan sumbangan, ialah RM202 juta


Menjelaskannya dalam kenyataan media, Guan Eng memaklumkan susulan kutipan terbabit, kerajaan menerima faedah pelaburan lebih RM2 juta.

Ini menjadikan jumlah besar dalam akaun amanah terbabit sebanyak RM205 juta.

Pada 28 November lalu, kerajaan menggunakan keseluruhan dana THM dengan pembayaran sebanyak RM61 juta bagi melunaskan bayaran faedah sukuk 1MDB Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN).

Pembayaran RM61.68 juta yang dibiayai dana THM hanya sebahagian daripada jumlah pembayaran faedah IMTN yang berjumlah RM143.75 juta.

Bayaran seterusnya yang perlu dibuat oleh 1MDB adalah bayaran faedah bon terbitan 1MDB Global Investments Limited sebanyak RM275.6 juta yang akan dibayar pada 9 Mac 2020.