Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Peningkatan harga saham FGV disokong faktor global khususnya peningkatan harga minyak sawit mentah ketika ini

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Peningkatan harga saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) disokong faktor global khususnya peningkatan harga minyak sawit mentah ketika ini.

Menurut penganalisis ekonomi, Prof. Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, jika trend itu berterusan, ia akan membantu meningkatkan keuntungan F-G-V.

Jelas beliau lagi, peningkatan saham FGV akan mendorong perkembangan sektor saham di negara ini.

Dari segi kelangsungan syarikat, Dr. Nuradli yakin, FGV masih boleh dipulihkan menerusi pelaburan baharu.

Selain itu, F-G-V disaran melakukan penstrukturan kewangan bagi mengawal aliran tunai dan meningkatkan pendapatan syarikat.

Kerajaan katanya, perlu memastikan permintaan terhadap minyaksawit mentah sentiasa tinggi agar harganya meningkat dan seterusnya membantu perkembangan syarikat itu.

Beliau mengulas kenaikan harga saham F-G-V daripada tahap paling rendah iaitu 63 sen sesaham meningkat kepada seringgit 32 sen.