Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Affin Hwang Asset Managent lancar dana dagangan bursa berleveraj dan songsang pertama tersenarai

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Affin Hwang Asset Management Berhad (Affin Hwang A-M) melancarkan dana dagangan bursa (E-T-F) berleveraj dan songsang pertama yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa.

Dalam usaha strategik untuk mengukuhkan tawaran produk pasifnya itu, syarikat itu mengumumkan penyenaraian serentak 4 ETF iaitu dua merupakan berleveraj dan dua lagi songsang.

Pengarah Urusannya, Teng Chee Wai berkata, penyenaraian serentak itu membolehkan pelabur meraih untung mengikut keadaan pasaran menaik serta menurun.

ETF ini mengguna strategi replikasi berasaskan niaga hadapan, untuk memberikan pendedahan berleveraj, juga pendedahan songsang kepada indeks.

Tahap kestabilan tinggi di penyenaraian, keempat-empat ETF itu dijangka memberi pelabur kemudahan taktikal untuk memanfaatkan pergerakan penanda aras dengan jual beli berasaskan pasaran.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran ETF di Bursa Malaysia.