Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

AirAsia dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia di Pusingan Akhir World Travel Awards

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd memenangi anugerah syarikat penerbangan kos rendah terkemuka dunia untuk tahun ketujuh berturut-turut oleh Grand Final World Travel Awards (WTA) di Muscat, Oman.

Syarikat penerbangan kos rendah itu muncul pemenang, mendahului syarikat penerbangan global lain termasuk Air Arabia, Easy Jet, Fast Jet, Fly Dubai, Flynas, Jet Blue, Jetstar Airways, Norway, Ryan Air, Southwest Airlines serta West Air .


AirAsia mendapat tempat teratas dalam kategori itu selepas menerima undi paling banyak daripada pelancong dan profesional industri, mengatasi pesaingnya.

Syarikat itu juga membawa pulang anugerah krew kabin terbaik syarikat penerbangan kos rendah buat tahun ketiga berturut-turut.


WTA ke-26 yang berlangsung di Muscat, Oman itu diiktiraf di seluruh dunia sebagai antara program berprestij, komprehensif dan khusus untuk industri pelancongan global.