Monday, December 16, 2019
updated 4:59 AM UTC, Dec 16, 2019

Tenaga Nasional Berhad (TNB), catat keuntungan selepas cukai RM3.86 bilion bagi tempoh 9 bulan pertama 2019

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd TNB mencatat keuntungan selepas cukai Kumpulan berjumlah RM3.86 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama bagi tahun kewangan 2019.

Hasil Kumpulan pula meningkat 2.4% kepada RM38.76 bilion, berbanding RM37.85 bilion untuk tempoh sama tahun lepas.

TNB menerusi kenyataannya menjelaskan pencapaian itu didorong peningkatan jualan elektrik lebih tinggi, prestasi kukuh syarikat-syarikat bersekutu dan pertambahan pendapatan daripada operasi lain.

Jumlah jualan elektrik Kumpulan meningkat 4.2% kepada RM36.93 bilion berbanding RM35.43 bilion pada 2018.

Prestasi syarikat-syarikat bersekutu juga berkembang dengan sumbangan positif RM93.1 juta berbanding kerugian RM183.9 juta untuk tempoh 9 bulan sebelumnya.