Monday, December 16, 2019
updated 5:49 AM UTC, Dec 16, 2019

Pasaran ekuiti dijangka lebih baik pada tahun 2020 : Pengukuhan Renminbi memberi impak terhadap matawang Asean, termasuk Malaysia

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Pasaran ekuiti Malaysia dijangka bertambah baik tahun hadapan, bergantung kepada pengukuhan nilai Renminbi Cina.

Ketua Pegawai Eksekutif Aberdeen Standard Islamic Investments Malaysia Sdn Bhd, Gerald Ambrose menjangkakan tahun depan matawang Renminbi akan mengukuh, sekaligus memberi kesan terhadap matawang Asean lain.

Jelasnya situasi sama juga akan menjadikan rantau ASEAN sebagai destinasi pelaburan pilihan dan menarik lebih ramai pelabur ke Malaysia.

Namun jelas Ambrose, sekiranya prestasi ekonomi perlahan pada tahun hadapan, Malaysia perlu menyuntik lebih rangsangan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna, seterusnya menggalakkan perbelanjaan.

Beliau ditemui pada Pembentangan Jangkaan Pasaran 2020 anjuran syarikat pelaburan itu di ibu negara.