Monday, December 16, 2019
updated 4:56 AM UTC, Dec 16, 2019

Kerajaan sedia pertimbang cadangan tubuh bank khusus biaya rumah mampu milik

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia menimbang cadangan menubuhkan bank khusus untuk pembiayaan perumahan mampu milik.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia bagi memudahkan urusan pemilikan rumah pertama, terutamanya oleh golongan berpendapatan rendah.

Bagaimanapun, penubuhan bank tersebut hanya dapat direalisasi, sekiranya memenuhi kriteria ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM).

Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan wakil Pasir Gudang, Hassan Abdul Kari.