Monday, December 16, 2019
updated 4:56 AM UTC, Dec 16, 2019

MOA sasar nilai eksport nanas RM350 juta hingga hujung tahun ini

  • Published in Ekonomi

SEPANG - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menyasarkan nilai eksport nanas sebanyak RM350 juta sehingga hujung tahun ini.

Timbalan Menterinya, Sim Tze Tzin, berkata sasaran itu susulan rekod nilai eksport sebanyak RM343 juta tahun lalu yang menunjukkan terdapat perkembangan memberangsangkan dalam industri nanas.

Beliau berkata, industri nanas dijangka berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan lima peratus berasaskan kepada arah aliran yang semakin meningkat dan penerimaan nanas.

Sim menjelaskannya kepada media selepas melancarkan penerbangan sewa khas nanas ke Zhengzhou, China di Terminal Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.