Wednesday, May 27, 2020

updated 2:14 AM UTC, May 27, 2020

KPDNHEP kesan peniaga naik harga ayam

  • Published in Ekonomi


KANGAR, 17 Mei- 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengesan tindakan kumpulan peniaga yang bertindak menaikan harga ayam. 

Timbalan Menteri, Datuk Rosol Wahid, ketika membuat tinjauan di Kangar, Perlis, mengakui situasi berkenaan.

Sebelum ini, berlaku rungutan dalam kalangan pengguna di beberapa negeri menyatakan harga ayam sebelum ini sepatutnya berada pada paras RM 5.50 sekilogram, kini dijual sehingga mencecah RM 9.60 sekilogram.

"Bekalan ayam cukup, cuma harga agak tinggi. Makna apa yang dilaporkan oleh pengguna memang ada kebenaran."

"Kita dah keluarkan 103 notis. Semalan sahaja 7 notis."

Beliau menyeru kepada orang awam untuk melaporkan kepada pihak berkuasa secara konsisten. 

Bagi mana-mana peniaga yang bertindak menaikan harga ayam boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.