Monday, 28 September 2020

updated 4:59 AM UTC, Sep 28, 2020

Perlu atau tidak buang pekerja hotel, kerajaan Melaka pertimbang demi pulih ekonomi

  • Published in Ekonomi


LENDU, 17 Mei- 
Kerajaan negeri Melaka akan berbincang dengan pelbagai pihak termasuk pemilik hotel dalam usaha memulihkan sektor pelancongan yang terjejas teruk kerana penularan COVID-19.

Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, semua perkara akan dibincangkan secara terperinci termasuk pemberhentian pekerja sektor terlibat.

Menurutnya , beliau sedia maklum bahawa ekonomi sektor pelancongan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan setelah terjejas oleh wabak COVID-19.

"Saya akan berhubung dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi melihat apa kaedah yang paling sesuai."

Sebelum ini, media melaporkan beberapa hotel ternama terpaksa ditutup kerana tiada keuntungan dicatatkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sejak 18 Mac lalu.