Wednesday, 12 August 2020

updated 10:05 AM UTC, Aug 12, 2020

Kenaikan tambang pengangkutan awam tidak dibenarkan

  • Published in Ekonomi


PUTRAJAYA, 17 Mei - 
Mengulas isu kenaikan tambang pengangkutan awam pula, Menteri Kanan Keselamatan berkata, kerajaan tidak membenarkan sebarang kenaikan tambang bagi pengangkutan awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Larangan melibatkan semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk bas dan feri.

"Kita faham mereka terpaksa membawa penumpang separuh kapasiti daripada biasa."

"Tetapi kerugian mereka boleh ditampung dengan harga minyak yang rendah pada ketika ini."

Beliau mengulas aduan kenaikan tambang feri ke Langkawi dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis yang dilaporkan naik sebanyak RM 10.