Monday, December 16, 2019
updated 5:28 AM UTC, Dec 16, 2019

Nilai eksport industri perabot: Dijangka meningkat

  • Published in Ekonomi

SERDANG - Nilai eksport industri perabot dijangka akan meningkat satu peratus tahun ini daripada RM7.79 billion  yang direkodkan pada tahun lepas.

Perkembangan itu menunjukkan pemain industri telah mula memberi tumpuan kepada produk bernilai tambah terutamanya perabot berbanding produk primer seperti kayu balak dan papan lapis.

Menteri IndustrI Urama, Teresa Kok berkata, Amerika
Syarikat, Eropah dan Jepun adalah negara-negara yang paling tinggi permintaannya untuk produk perabot buatan tempatan.

Tambah beliau, usahawan Bumiputera mempunyai potensi besar untuk turut serta dan lebih aktif dalam industri perkayuan negara kerana nilai eksport kayu dari golongan itu hanyalah sekitar satu peratus dengan jumlah pemilikan kilang sebanyak 370 daripada 3500 buah kilang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Usahawan Perabot Bumiputera Kebangsaan 2019 di Serdang.