Wednesday, 12 August 2020

updated 9:09 AM UTC, Aug 12, 2020

Industri sarung tangan getah kuasai 65 peratus pasaran dunia

  • Published in Ekonomi


KUALA LUMPUR, 5 Mei - Industri sarung tangan getah kuasai 65 peratus pasaran dunia tahun ini kesan daripada pandemik COVID-19.

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia Datuk Dr Zairossani Mohd Nor, lonjakan permintaan itu datang dari Amerika Syarikat dan Eropah.

Mengulas mengenai penurunan merudum harga getah, jelasnya Lembaga Getah telah merangka pelan pemulihan bagi sektor terjejas untuk memulakan operasi seperti biasa.

Ia termasuklah pemberian bantuan insentif secara menyeluruh selain mempermudah penyampaian Bantuan Prihatin Rakyat.

Kerajaan juga menyuntik dana RM 100 juta kepada institusi itu bagi memastikan industri getah kekal mampan terutama berdepan pandemik COVID-19.