Wednesday, 12 August 2020

updated 10:05 AM UTC, Aug 12, 2020

Langkah pemulihan ekonomi mampu sokong pertumbuhan ekonomi positif pada 2021

  • Published in Ekonomi

 

KUALA LUMPUR, 14 Mei - Kerajaan akan melancarkan pelan pemulihan ekonomi jangka pendek dan juga jangka sederhana untuk menjana semula pertumbuhan ekonomi negara dalam masa terdekat.

Demikian tegas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2021 dijangka lebih baik, disokong langkah-langkah pemulihan ekonomi dalam negeri dan global.

Perancangan itu melibatkan garis panduan kesihatan dan kaedah operasi selamat di dalam norma baharu; Pembangunan kapasiti, pengambilan pekerja dan penjanaan pekerjaan DAN tingkatkan perbelanjaan pengguna terutamanya melalui saluran digital.

Selain, Menyokong pertumbuhan PKS terutamanya melalui teknologi digital; Membangunkan ketahanan dan peluang pertumbuhan bagi syarikat-syarikat bersaiz sederhana dan besar DAN Meningkatkan keyakinan pelabur dan menjana pertumbuhan ekonomi jangka pendek.

Semua langkah yang bakal diambil kerajaan, mampu mengukuhkan persediaan negara menghadapi cabaran ekonomi global semasa.