Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Bursa Malaysia Tidak Rancang Melaksanakan Penyenaraian Saham Dwi KelasMasa Ini

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia tidak merancang untuk melaksanakan penyenaraian saham dwi kelas buat masa ini.

Dalam satu kenyataan, Bursa Malaysia memaklumkan ada laporan yang mengelirukan mengenai pendiriannya berhubung penyenaraian tersebut.

Dalam usaha untuk terus kekal menarik dan kompetitif, Bursa Malaysia komited untuk mendukung integriti pasaran dan memastikan perlindungan menyeluruh untuk pelabur dalam semua pasarannya.

(Sumber - beritanasionalrtm rasmi)