Wednesday, September 20, 2017
vital-top
updated 4:01 PM UTC, Sep 20, 2017

Agrobazar Malaysia Di Singapura Akan Bantu Pasar Produk IKS

JOHOR BAHARU - Agrobazar Malaysia di Singapura akan memperluaskan serta memperkemaskan operasinya bagi membantu memasarkan produk industri kecil dan sederhana, IKS ke republik itu. Agrobazar juga menumpukan bidang perkhidmatan iaitu dengan menjadi pengimport produk tempatan .

Pengarah FAMA Johor, Zainal Abidin Razalli berkata perbincangan akan diadakan bersama kerajaan negeri bagi membantu mengembangkan sektor itu.

Beliau berkata pihaknya akan memastikan lebih banyak produk usahawan tempatan IKS dipasarkan dalam dan luar negara.

(Sumber - beritanasionalrtm rasmi)