Monday, December 16, 2019
updated 4:59 AM UTC, Dec 16, 2019

MIHAS 2020: Sasar 5% peningkatan transaksi jualan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2020 sasar peningkatan nilai transaksi jualan sebanyak lima peratus tahun depan berbanding RM1.6 bilion tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Wan Latiff Wan Musa optimis, sasaran tersebut dapat dicapai dengan penyertaan lebih ramai peserta dan pembeli melalui Program Penyumberan Antarabangsa (INSP).

Pihaknya juga sasar lebih 35,000 pengunjung dari 90 negara termasuk Qatar, Iraq, China dan Amerika Syarikat akan hadir.

Datuk Wan Latiff berkata demikian dalam sidang media Pra Pelancaran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2020 di ibu negara.

Setiap tahun, saiz pameran MIHAS ini akan meningkat sejajar dengan permintaan dan sokongan yang memberangsangkan daripada peserta.