Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

UPEB Melaka Bantu Usahawan Hadapi Masalah Bayar Pinjaman

MELAKA - Usahawan berdaftar di bawah Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (UPEB) Negeri Melaka yang mengalami masalah pembayaran balik pinjaman perniagaan akan dibantu menerusi penjadualan semula pinjaman berkenaan.

Perkara itu dinyatakan Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman.

Ujarnya langkah itu akan dilaksanakan unit itu dengan kerjasama beberapa agensi keusahawanan.

Mereka yang terbeban dengan pembayaran bulanan tinggi juga akan cuba dibantu untuk mengurangkan kadar bayaran mengikut kemampuan mereka.

 

Sumber : BERNAMA