Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

Kerajaan Proaktif Tangani Penurunan Harga Lada

KUALA LUMPUR - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sentiasa mengambil langkah proaktif dalam mengatasi penurunan harga lada di pasaran termasuk menetapkan satu paras harga sekiranya harga bahan itu terus jatuh.

Timbalan Menterinya, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata selepas harga lada ditetapkan pada satu paras, kerajaan seterusnya akan memberi bantuan sewajarnya kepada pekebun lada.

Beliau berkata pada persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Joseph Salang Gandum (BN-Julau) yang ingin tahu langkah dan tindakan MPB dalam menghadapi situasi penurunan harga lada dan nasib peladang industri itu.

Sementara itu, menjawab soalan Salang mengenai persediaan kementerian bagi meletakkan MPB di bawah Kementerian Pemodenan Pertanian Negeri Sarawak memandangkan lada merupakan hasil keluaran pekebun dari negeri itu, Datu Nasrun berkata MPB bertanggungjawab menerajui industri lada di seluruh Malaysia, seperti yang termaktub dalam Akta Lembaga Lada Malaysia (Akta 656).

((BERNAMA))