Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

KWSP Tidak Akan Jual 49 Peratus Pegangannya Dalam PLUS

KAJANG - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP tidak bercadang untuk menjual 49 peratus pegangannya dalam PLUS Malaysia Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata ini kerana pelaburan dalam syarikat itu memberikan pulangan yang baik bagi KWSP.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan dana pencen itu dan UEM Group Bhd, yang memegang baki 51 peratus pegangan dalam PLUS, memperuntukkan pelaburan yang besar dalam mengembangkan rangkaiannya, terutamanya di Lembah Klang.

Sebelum ini, media melaporkan, pemilik Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed telah menyatakan minat
untuk mengambil alih syarikat pemilik dan pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media majlis menandatangani memorandum persefahaman mou antara KWSP dengan International Training Centre dan International Labour Organisation.

(Sumber - Dalet Beritartm)