Monday, December 16, 2019
updated 5:49 AM UTC, Dec 16, 2019

Negara sasar 70 peratus daripada keseluruhan kawasan tanaman kelapa sawit menerima sijil MSPO menjelang Februari 2020

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - 70 peratus daripada keseluruhan kawasan tanaman sawit negara disasar menerima pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), menjelang Februari 2020.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata sasaran itu mampu dicapai memandangkan sehingga Oktober 2019 sejumlah 60 peratus kawasan tanaman telah pun menerima pensijilan MSPO.

Bagi tempoh sama, 69.9 peratus iaitu sejumlah 313 daripada 448 kilang turut menerima sijil tersebut.

Beliau berucap pada Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PI-POC) 2019 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Menurutnya, kerajaan agresif dalam memperkenalkan insiatif baharu dalam melaksanakan pembangunan lestari dan mampan.

Antaranya mengehadkan kawasan tanaman sawit kepada 6.5 juta hektar, menghentikan penanaman pokok kelapa sawit di kawasan tanah gambut dan melarang aktiviti penanaman di kawasan hutan simpan.

Industri minyak sawit menyumbang 4.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dan 67.5 bilion ringgit nilai eksport pada 2018.