Monday, December 16, 2019
updated 4:59 AM UTC, Dec 16, 2019

ECRL: SME Bank peruntuk pembiayaan RM1.0 bilion untuk kontraktor tempatan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Peneraju utama Institusi Kewangan Pembangunan, SME Bank memperuntukkan pembiayaan RM1 bilion bagi subkontraktor tempatan yang dilantik untuk kerja sivil dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, setiap kontraktor tempatan yang berkelayakan akan mendapat akses sehingga RM50 juta, melalui gabungan pembiayaan jangka panjang dan kredit pusingan.

Inisiatif tersebut dipersetujui melalui memorandum persefahaman (MoU) antara SME Bank dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd (CCC-ECRL).

Kerjasama itu akan melihat peningkatan penyertaan subkontraktor tempatan untuk kerja sivil daripada 30 peratus kepada 40 peratus.

Penyediaan penyelesaian akses kewangan ini akan membantu mempercepatkan kerja-kerja sivil bagi projek infrastruktur kereta api sepanjang 640 kilometer dari Kota Bahru ke Pelabuhan Klang.

Kemudahan pembiayaan SME Bank itu adalah yang pertama bagi projek ECRL.