Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

PPK Beseri Untung RM96,000 Tahun Lepas

PADANG BESAR - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beseri meraih keuntungan bersih sebanyak RM96,000 melalui empat jenis perniagaan yang dijalankannya sepanjang tahun lepas.

Pengurus Besar, Faizul Mat Hassan berkata perniagaan itu ialah pembelian dan jualan padi, kedai peladang (runcit), kedai jualan input pertanian dan projek tanaman mempelam harumanis.

Katanya keuntungan itu membolehkan PPK Beseri mengeluarkan dividen sebanyak lapan peratus kepada anggotanya yang berjumlah 2,600 orang.

Faizul berkata sebuah Pusat Belian dan Jualan Padi dibuka di kawasan kompleks PPK itu pada 2011 untuk membeli hasil anggotanya yang kini menjadi sumber pendapatan penting PPK Beseri.

Katanya sebahagian keuntungan turut disalurkan balik kepada anggota seperti sumbangan khairat kematian, bantuan pendidikan anak-anak dan bencana.

((BERNAMA))