Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

Penurunan OPR beri peluang usahawan struktur semula kedudukan kewangan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 7 Mei - Langkah Bank Negara Malaysia menurunkan kadar dasar semalaman - OPR sebanyak 50 mata asas kepada 2 peratus, memberi peluang kepada usahawan tempatan menstruktur semula kedudukan kewangan syarikat.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kadar faedah yang lebih rendah dapat mengurangkan kos pinjaman sekaligus menurunkan kos operasi perniagaan.

Tambahnya, usahawan yang menjalankan perniagaan tradisional perlu beralih kepada norma baharu dengan memanfaat platform dalam talian.

Dalam perkembangan lain ,sekiranya penularan Covid-19 menunjukkan penurunan berterusan; Dr Mohd Afzanizam menjangkakan ekonomi negara mampu pulih semula pada separuh kedua tahun ini dalam momentum perlahan.