Logo

Penularan COVID-19 tidak jejas pelaksanaan RMK-12

PELABUHAN KLANG, 7 Mei - Pandemik COVID 19 dijangka tidak memberi kesan kepada perancangan dan pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 negara (RMK-12).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ini kerana RMK merupakan pelan jangka panjang bagi tempoh 5 tahun yang mengambil kira pelbagai faktor.

Namun, tambah beliau situasi berbeza mungkin perlu dinilai bagi perancangan BELANJAWAN 2021 yang dijangka dibentangkan pada Oktober atau November ini.

Beliau bercakap kepada media selepas selesai lawatan kerja di sekitar Pelabuhan Klang.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.