Monday, December 16, 2019
updated 4:59 AM UTC, Dec 16, 2019

Projek berimpak tinggi rancak dilaksana di Kedah

  • Published in Ekonomi

ALOR SETAR - Beberapa projek ikonik atau projek impak tinggi yang telah dirancang bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi Kedah kini sedang rancak dilaksanakan.

Antaranya, Zon Ekonomi Sempadan Khas,SBEZ, Bukit Kayu Hitam yang melibatkan kawasan seluas lebih 4,700 hektar.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Tan Kok Yew berkata, SBEZ merangkumi zon perindustrian bebas, pusat perniagaan komersial, pelabuhan darat dan landasan keretapi.

Selain itu, Projek Kedah Science andTechnology Park (KSTP) telah memulakan kerja-kerja awalan fasa pertama 114 hektar daripada keluasan keseluruhan, lebih 790 hektar.

Projek berkenaan telah mendapat tawaran pelabur dari China untuk menjalankan aktiviti pembangunan bagi kluster Agro Sains, berkeluasan 269 hektar Fasa 1 B, dengan nilai pelaburan AS$450 juta.

Beliau ditemui selepas merasmikan Dialog Pasca-Belanjawan 2020: Perkembangan Terkini Pelaburan Berkaitan Logistik, Industri Dan Pelancongan Di Negeri Kedah di Alor Setar.

Jelas beliau, projek pembangunan Bandaraya Getah Kedah di Padang Terap akan dimulakan dengan kerja-kerja infrastrukturbagi fasa pertama melibatkan keluasan 203 hektar.