Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

MATRADE Optimis Dagangan Negara Tumbuh Antara 10 Hingga 20 Peratus

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) optimis nilai dagangan negara mencatat pertumbuhan kukuh antara 10 hingga 20 peratus tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Dr. Mohd. Shahreen Zainooreen Madros berkata momentum pertumbuhan itu dipacu permintaan yang berterusan dalam sektor elektrik dan elektronik, minyak sawit serta petroleum.

Jelasnya, prospek ekonomi global kini positif setelah beberapa badan ekonomi antarabangsa mengunjurkan pemulihan dalam perdagangan global.

Nilai dagangan negara tumbuh 22 peratus kepada 859.1 bilion ringgit sepanjang 6 bulan pertama tahun ini, berbanding 704 bilion ringgit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Beliau bercakap pada sidang media Persidangan Jenama Usahawan 2017', anjuran bersama antara MATRADE dan Persatuan Penjenamaan Malaysia.


(Sumber - Dalet Beritartm)