Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Eksport Barangan Halal Negara RM42 Bilion Tahun Lepas

KUALA LUMPUR – Eksport barangan halal negara berjumlah kira-kira RM42 bilion tahun lalu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata separuh daripadanya terdiri daripada makanan dan minuman halal.

Beliau berkata menjawab soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) mengenai perkembangan Industri Halal Hab di Malaysia, di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan telah meluluskan pinjaman sebanyak RM19.78 juta kepada 51 syarikat perniagaan mikro perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera di Sabah di bawah Business Accelerator Programme (BAP) setakat ini.

Beliau berkata sebanyak RM12.78 juta pula diperuntukkan kepada 89 syarikat PKS di negeri itu di bawah Bumiputera Enterprise Enhancement Programme (BEEP) setakat Jun tahun ini.

((BERNAMA))