Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Korban COVID-19 seluruh dunia terus meningkat

  • Published in Berita Dunia

MARYLAND, 4 Mei - Angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat sehingga meragut lebih 247,000 nyawa.

Jumlah jangkitan pula meningkat lebih 3.5 juta orang.

Menurut Johns Hopkins University, Amerika Syarikat menjadi negara paling teruk diancam virus maut itu dengan kes jangkitan melebihi 1 juta kes dengan kematian melebihi 68,000 orang.

Diikuti Itali yang mencatatkan bilangan kematian kedua tertinggi dengan hampir 29,000 orang manakala Sepanyol dengan jumlah jangkitan kedua paling banyak iaitu melebihi 247,000 kes.

Virus maut itu telah merebak ke 212 negara sejak pertama kali muncul di China pada Disember tahun lepas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan , COVID-19 adalah virus semula jadi selepas Presiden Donald Trump mendakwa telah melihat bukti bahawa ia berasal daripada sebuah makmal di China.

China mengisytihar 4,633 kematian dengan 82,877 kes jangkitan COVID-19.