Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Wujud lebih banyak koperasi pekebun kecil sawit

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Kementerian Industri Utama merancang untuk mewujudkan lebih banyak koperasi bagi pekebun kecil sawit di seluruh negara.

Menterinya, Teresa Kok berkata, inisiatif itu bagi meningkatkan kecekapan pengurusan ladang sawit pekebun kecil dan menambah pendapatan mereka menerusi penggunaan teknolog

Buat permulaan, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengenai isu-isu berkaitan.

Ini termasuk, penerimaan pekebun kecil untuk penggabungan ladang sawit serta tahap kesediaan untuk menguruskan koperasi.

Setakat ini, 10 koperasi telah ditubuhkan menerusi MPOB dengan dana permulaan RM100,000 bagi setiap satu koperasi.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Sidang Kemuncak Agritech Global 2019 di ibu negara, yang disertai 200 pemain industri pertanian tempatan dan antarabangsa di ibu negara.

Berlangsung selama dua hari, persidangan tersebut antara lain, membincangkan hala tuju industri pertanian dan penggunaan teknologi dalam bidang itu selain pameran teknologi pertanian oleh peserta.