Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

PDRM siasat penjualan MyKad palsu di media sosial, susulan laporan JPN

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 2 Mei - Pihak polis sedang menyiasat satu laman sosial media yang mengiklan dan menjual MyKad palsu dalam talian selepas laporan polis dibuat Jabatan Pendaftaran Negara JPN, semalam.

Ia susulan, tular gambar MyKad palsu di media sosial yang digunakan laman berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan menjelaskan, sebelum ini kementeriannya sudah meneliti dan menyemak semua kenyataan dan gambar yang tular melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Hasil siasatan awal mendapati semua gambar tular di media sosial ketika ini, adalah gambar lama yang dimuat naik semula.

Semua gambar tersebut mempunyai kaitan dengan kes pemalsuan MyKad di Pulau Pinang pada tahun 2019 yang kini sedang dibicarakan di mahkamah.

Bagaimana pun, tiada gambar dan maklumat pemalsuan MyKad baharu dikesan.

Tambah beliau, PDRM dan JPN akan terus bekerjasama melalui “Ops Biru” bagi menyiasat kes-kes pemalsuan MyKad bagi memburu dalang terlibat melalui Pasukan Petugas Khas.

Dalam menangani kes pemalsuan MyKad, JPN juga telah menambahbaik Prosedur Operasi Standard dengan mengetatkan proses semakan dan kelulusan dokumen pengenalan diri.

Orang ramai diminta segera menghentikan penyebaran mesej-mesej bersifat palsu di media sosial bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran rakyat.