Monday, December 16, 2019
updated 5:28 AM UTC, Dec 16, 2019

Pelaksanaan pakej ransangan ekonomi bergantung pada situasi global semasa

  • Published in Ekonomi

CYBERJAYA - Kerajaan mempunyai kemampuan fiskal untuk melaksana pakej rangsangan ekonomi sekiranya keadaan ekonomi global bertambah lembab tahun depan.

Jelas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pelaksanaannya juga turut bergantung kepada situasi semasa perkembangan perang dagang Amerika Syarikat dan China.

Bagaimanapun, sebarang keputusan berhubung perkara tersebut masih belum diambil.

Berdasarkan unjuran kewangan semasa negara, ia masih diramal untuk tumbuh secara mampan walaupun beberapa negara lain yang mencatatkan status unjuran kewangan yang negatif daripada stabil.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Pan-Asian E-Commerce Alliance (PAA) ke-60 di Cyberjaya.

Lebih 50 delegasi daripada 10 negara anggota PAA menyertai program dua hari tersebut.