Monday, December 16, 2019
updated 4:56 AM UTC, Dec 16, 2019

Tan Sri Zaharah Ibrahim dilantik Pengerusi Kumpulan Prasarana baharu

  • Published in Ekonomi


KUALA LUMPUR - Bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana, berkuat kuasa hari ini.

Prasarana Malaysia Bhd dalam kenyataannya memberitahu, Tan Sri Zaharah mengisi kekosongan jawatan itu setelah Tan Sri Khalid Abu Bakar meletakkan jawatan pada 17 Ogos tahun lepas.
Dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 17 Nov 1952, beliau berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya.

Mula berkhidmat dalam bidang kehakiman dan perundangan pada 26 April 1977.

Setelah bersara, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Ogos 2004, dan bertugas di Bahagian Sivil, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, diikuti Bahagian Jenayah, Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dilantik sebagai Hakim Besar Malaya pada 17 Julai 2018.

Prasarana Malaysia Bhd ialah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang bertanggungjawab sebagai pemilik dan pengurus aset pengangkutan awam.