Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Ramadan beri sinar baharu kepada Muhammad Safirul

  • Published in Nasional


KULAI, 28 April - Ketibaan Ramadan tahun ini memberi sinar baharu kepada Muhammad Safirul Abdullah, 35, apabila beliau sempat mengucapkan dua kalimah syahadah sehari sebelum umat Islam berpuasa.

Menurut Safirul, selepas memeluk agama Islam, beliau berhasrat berpuasa sepanjang Ramadan dan terus berusaha mendalami agama.

"Sudah lama mahu memeluk Islam.

"Dua tahun lepas ada niat untuk masuk Islam. Tetapi tiada siapa yang tolong dan di sini baru saya dapat. Syukur," jelasnya.

Muhammad Safirul yang ditempatkan di pusat penempatan sementara, Kem Wawasan Gunung Pulai di Kulai bersyukur kerana mempunyai ramai rakan baharu di kem tersebut yang berkongsi ilmu mengenal agama Islam.

Ketika beliau sedang mempelajari cara mengerjakan solat dan berusaha membaca Al-Quran.