Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

SIRIM lancar servis MCTS

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Pengimport barangan elektrikal dan elektronik kini tidak perlu lagi menghantar sampel produk mereka ke makmal SIRIM di Shah Alam untuk mendapatkan kelulusan dan label

Ini kerana, SIRIM telah melancarkan servis baharu, Perkhidmatan Pengujian Bergerak (MCTS) yang menjalankan perkhidmatan dan pengujian di kawasan Lembah Klang termasuk di premis pelanggan.

Perkhidmatan ujian bergerak ini dilengkapi dengan sistem maklumat teknologi yang dipertingkatkan bersama dengan peralatan pengujian termasuk penguji arus bocor, penguji kesinambungan dan penguji voltan tinggi.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking, ianya dapat menjimatkan masa dan kesulitan untuk membawa barangan elektrik yang besar seperti peti ais dan mesin basuh.

Teks ucapan beliau disampaikan Ketua Setiausaha MITI, Dato Lokman Hakim Ali dalam Majlis Sirim Indusri 2019.