Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Jawatankuasa Perunding Peneroka FELDA : Tidak setuju saham FGV dimiliki pihak ketiga

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Perunding Peneroka memohon supaya FELDA dikekalkan sebagai pemegang saham utama dalam Felda Global Ventures Holding Berhad, FGV.

Ketua Peneroka Kebangsaan FELDA, Sulong Jamil Mohamed Shariff berkata, keputusan dalam mesyuarat penuh perunding peneroka sebulat suara membantah dan tidak bersetuju untuk membenarkan pihak ketiga untuk menguasai FGV.

Beliau menjelaskan, dengan pemilikan saham majoriti, pihaknya yakin gerak kerja transformasi memulihkan FGV lebih mudah untuk berjaya.

Pada masa ini FELDA menguasai saham majoroiti sebanyak 33.6 peratus.

Masing-masing melalui pegangan terus sebanyak 21.2 peratus dan FELDA Asset Holdings sebanyak 12.4 peratus.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas isu pengambil alihan FGV di ibu negara.