Friday, December 13, 2019
updated 2:05 PM UTC, Dec 13, 2019

Kadar dasar semalaman (OPR) kekal 3.0%

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0%.

Menurut bank pusat itu, ekonomi global berkembang pada tahap sederhana, dengan momentum pertumbuhan yang hampir sama antara ekonomi maju dan ekonomi yang sedang pesat membangun.

BNM dalam satu kenyataan menjelaskan, terdapat petunjuk bahawa perdagangan global yang lemah telah menjejaskan permintaan domestik, khususnya aktiviti pelaburan.

Pada masa hadapan, ketegangan geopolitik, ketidaktentuan dasar dan pertikaian perdagangan yang berlarutan akan meningkatkan ketidaktentuan pasaran kewangan seterusnya mempengaruhi unjuran pertumbuhan global.

Pelonggaran dasar monetari dan langkah-langkah dasar yang lain dijangka akan memberi sokongan kepada pertumbuhan.

Pada kadar OPR semasa, jelas BNM pendirian dasar monetari itu kekal akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.

MPC akan terus menilai imbangan risiko terhadap pertumbuhan domestik dan inflasi, untuk memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif bagi pertumbuhan mampan.