Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Usahawan ASEAN perlu ambil peluang kerjasama tingkatkan pertumbuhan IKS

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Negara-negara Asean perlu meneroka dan bijak mengambil peluang meningkatkan kerjasama melalui pembangunan dana pelaburan bagi mempercepat pertumbuhan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serantau.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof, terdapat pelbagai elemen pembangunan yang dikenalpasti seperti pembangunan kapasiti, teknologi, inovasi, latihan modal insan dan akses kepada sumber kewangan.

Datuk Seri Redzuan ketika menyempurnakan bengkel 'SME Access To Alternative Sources of Finance in Asean' berkata, kementeriannya mendukung penganjuran bengkel seumpama ini.

Ini memandangkan sumber kewangan merupakan aspek paling kritikal bagi pembangunan usahawan PKS.

Bengkel 2 hari ini dianjurkan kerajaan Kanada dengan kerjasama Organisation of Economic Co-Operation and Development (OECD) SME Corporation Malaysia dan Sekretariat negara-negara Asean.

Ia disertai 37 penceramah dan 100 peserta dari negara-negara Asean.